Saturday, February 4, 2012

12 Rabiul Awwal : Sinar Baru Buat Dunia ...

Salam Rabiul Awwal buat seluruh ummat Islam, muslimin muslimat rahimahumullahu taala ...

Alhamdulillah, Maha Suci Allah SWT, Tuhan Seru Sekalian Alam, kerana telah memberi ruang dan peluang untuk saya, menaip sedikit kalimah di sini... Mudah-mudahan ianya, dapat sama-sama kita jadikan pengiktibaran dan pedoman, insya Allah...

Alhamdulillah ... Kini, 12 Rabiul Awwal telah tiba untuk yang kali yang kesekiannya, setelah wafatnya baginda Rasulullah saw, meruju Rabb, meninggalkan alam yang fana ini... 12 Rabiul Awwal, satu tarikh yang membuka telah membuka lembaran baru kepada dunia, dari suasana malap kegelapan, kepada cahaya hidayah yang terang benderang... Alhamdulillah... Sudah hampir 1400 tahun berlalu... Namun, ianya masih mekar bersinar ...

12 Rabiul Awwal merupakan tanggal kelahiran Junjungan Besar kita Rasulullah Muhammad SAW ke muka bumi ini, sebagai rahmat untuk sekelian Alam... Bermula dengan kelahirannya di Kota Suci Makkah, membesar, menerima hidayah, menjadi Nabi, menjadi Rasul Allah...

Hidupnya terkenal sebagai al-Amiin - orang yang sangat dipercayai... Sehinggalah apabila Allah menghendaki an-nida' itu dijaharkan, maka, berubahlah liku hidup baginda menjadi orang yang di hina, di caci oleh kaum sendiri... Sinar Islam itu tinggi... Begitu juga dengan Kebenaran Rasulnya... Allah menyelamatkan baginda dengan memberikan kepada baginda Madinah al-Munawwarah sebagai sebuah kekuatan baru yang mana dengannya, Islam terus gemilang, terang dan terus bercahaya...

Setelah genap usia baginda 63tahun, maka, Allah memanggil baginda kembali ke pangkuanNYA...

Sirah perjalanan hidup baginda bukan senang...

Misi dakwah dan tarbiyyah yang dilaksanakan sangat luar biasa...

Bukan mudah untuk melahirkan insan sehebat Khulafa' ar-Rashidin...

Namun, itulah hasil dari madrasah Tarbiyyah Rasulullah...

Bagaimana dengan kehidupan kita hari ini...?

Sama-sama kita ertikan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan kita bersama, insya Allah ...

No comments:

Post a Comment