Wednesday, December 21, 2011

KONVENSYEN TARBIYYAH ANAK MUDA KELANTAN 2011

KONVENSYEN TARBIAH ANAK MUDA KELANTAN 2011

Tarikh : 23 - 24 Disember 2011 - Bermula 3 ptg (Jumaat) berakhir 5 ptg (Sabtu) Tempat : Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa
Perasmian oleh : YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Semua anak muda Kelantan : Belia, Remaja, Mahasiswa, Pelajar yang mencintai Islam dan perjuangan Islam dijemput hadir beramai-ramai....
p/s- Minta pakat2 sebar pada sahabat yang ada.

http://www.youtube.com/watch?v=LM_E_T_qi74

Wednesday, December 14, 2011

Mengapa aku diam - Imam As-Syafie

Pesanan Imam Syafie:"Mengapa engkau diam, padahal engkau dimusuhi?

"Aku kata kepada mereka, menganggap sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang gila adalah kebaikan jiwa."

"Dalam sikap diam juga ada penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika diam, sedangkan anjing-anjing di jalanan selalu dilempari kerana sering menyalak,"

Berkata Imam Syafie lagi :

" Aku menganggap diam sebagai perniagaan, Meskipun tidak ada untungnya, paling tidak aku tidak akn rugi."

Monday, December 12, 2011

" Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis, KIta Bagaimana...? "


Apabila tiba saat tuhanku berkata padaku: Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?

وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني

Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?

فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحميني ؟

Maka bagaimanalah aku boleh jawab dan siapalah yang boleh mempertahanku?

أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني ..

Aku sentiasa mendamaikan perasaanku dengan harapan-harapan dari detik ke detik.

وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني

Sedang aku lupa apa yang berlaku selepas kematian apalah yang cukup untukku.

كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني

Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin akan terus hidup dan kematian tidak akan datang.

وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني ؟

Jika tibalah saat sakit kematian siapalah yang boleh menahannya dariku?

نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟

Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?

سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

Aku bakal ditanya apalah yang telah aku persembahkah di duniaku dahulu yang boleh menyelamatkan daku.

فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

Bagaimanalah jawapanku setelah mana aku mengabaikan urusan agamaku?

ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟

Hai kesalnya apakah aku tidak pernah mendengar kalam Allah yang menyeruku?

ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ

Apakah aku tidak pernah mendengar kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin

ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني

Apakah aku tidak pernah mendengar tentang hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.

ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني

Tidak pernahkah aku mendengar penyeru kematian yang mengajakku dan memanggilku?

فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟

Wahai tuhanku inilah seorang hamba yang kembali siapalah yang sanggup menerimanya?

سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني

Kecuali tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya, yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan sebenar.

أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني

Aku mendatangi mu maka kasihanilah daku dan beratkanlah neraca timbanganku.

وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني

Ringankalah pembalasanku kerana engkaulah sahajalah paling diharap kebaikannya apabila melakukan pembalasan...

Thursday, December 8, 2011

Iman yang Tinggi MAMPU mengatasi kepentingan peribadi yang ada pada diri kita . . .


Iman yang tinggi, mampu mengatasi segala bentuk kepentingan diri dan peribadi yang senangtiasa menghalang kita dari berjuang di jalan Allah...

Marilah sama-sama kita hayati kata-kata para ahli sihir Fir'aun yang telah mendapat hidayah dari Allah SWT dalam firmanNYA yang bermaksud,

" Putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan, sesungguhnya kamu hanya dapat memutuskan dalam kehidupan di dunia ini sahaja, sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar Dia mengampunkan kesalahan kami dan sihir yang telah kamu paksakan kepada kami melakukannya, dan Allah lebih baik (pahalaNya) dan lebih kekal (azabNya) ... "

[Thoha:72]

Sunday, November 20, 2011

Sejarah Penubuhan Sistem Pendidikan Pondok di Kelantan ...


SEJARAH PONDOK...
Di utara Semenanjung Malaysia, pondok mempunyai dua erti., Pertama, ia bererti rumah kecil yang bersifat sementara. Kedua ia bererti sebuah institusi pembelajaran Islam yang berbentuk tradisional dan ortodoks. Di Malaysia dan Thailand Selatan pondok bererti institusi pendidikan agama Islam yang bersendirian dan berasrama. Di jawa pondok disebut pesantren dan dalam bahasa Jawa ia bermakna madrasah. Manakala di Acheh, Sumatera pondok disebut dayah. Hakikatnya, dapat dibuat rumusan bahawa pondok itu adalah rumah kecil yang dibina bertujuan untuk tempat tinggal yang berkaitan dengan pengajian agama Islam yang terletak berhampiran surau atau masjid. 
Kemunculan Pondok dan Perkembangannya 
Tarikh tepat penubuhan pondok di Kelantan tidaklah diketahui, namun sistem ini telah muncul pada awal abad ke 19 Masehi. Ia bermula apabila Tuan Haji Abdul Samad Abdullah membina pondok pertama di Pulau Chondong yang terletak di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, walaupun ada pendapat lain yang mengatakan pengasasnya yang pertama bermula di zaman pemerintahan Long Jenal. Seterusnya pondok lain telah dibina oleh Haji Ismail di Machang. Sejarah telah membuktikan bahawa wujudnya pondok di negara ini dari Patani pada abad ke 17 yang diperkenalkan oleh seorang ulama Kedah. Dipercayai kerana pengaruh Tok Kenali, maka pada kurun ke 20 Kelantan mendahului negeri lain sebagai pusat pertama pengajian pondok, walau besar kemungkinan kemunculannya lebih awal di Terengganu.

Pengajian pondok di Kelantan dipelopori oleh ulama yang terkenal yang kembali dari Mekah dan amat disanjung oleh masyarakat Kelantan pada masa itu itu. Ulama-ulama Kelantan di Kota Bharu mulai pertengahan kedua abad ke 19 mengajar ilmu tasawuf, feqah, usuluddin dan cabang-cabang ilmu linguistik. Antara mereka yang terkenal itu ialah Haji Abdul Samad Muhd. Salleh (Tuan Tabal, 1840-1891), Haji Wan Ali Abdul Rahman Khutam dan Haji Yaakob Abdul Halim. Dengan tertubuhnya Pondok Kubang Pasu , Di Kota Bharu pada tahun 1850, Tuan Tabal telah membawa kepada perkembangan dan meluaskan lagi pendidikan pondok di Kelantan.

Pembukaan pondok itu telah membawa erti yang unggul sinaran ajaran tasawuf tersebar luas di Kelantan. Perkembangan pondok di Kelantan mulai pesat selepas tahun 1909 berikutan kepulangan sejumlah besar ulama negeri ini dari Patani dan Mekah. Ulama ini memainkan peranan penting memperkembangkan sistem pondok dengan membuka pondok di kawasan mereka. Nama-nama seperti Tok Selehor (Tuan Guru Syeikh Abdul Rahman), Tok Jelapang (Tuan Guru Haji Ahmad) dan Haji Wan Musa adalah ulama terkenal di Kelantan.

Pada pertengahan abad ke 19 Masehi. Pondok Tok Kenali merupakan pusat pengajian Islam yang terkenal di Asia Tenggara. Di peringkat awal pondok banyak didirikan di sekitar Kota Bharu. Di antaranya ialah Pondok Tok Bachok di Bachok pada tahun 1900 oleh Haji Othman Haji Muhammad. Pondok Kubang Pasu pada tahun 1900 oleh Haji Nik Abdullah Haji Wan Abdul Samad. Pondok Haji Malik Hassan pada tahun 1907 oleh Haji Abdul Malik Hassan di Kampung Sungai Pinang, Tumpat. Pondok Haji Yusuf di Pulau Ubi, Geting, Tumpat oleh Haji Ibrahim, Pondok Tuan Padang yang diasaskan oleh Haji Taib Tuan Padang, Pondok Kampung Banggol oleh Haji Wan Ismail dan Pondok Kampung Tok Semian oleh Haji Wan Abdul Samad Mohd. Salleh.

Fenomena pondok di Kelantan terus bersinar menjelang pertengahan abad ke 20 apabila beberapa buah pondok baru telah dibina. Dalam tahun 1913 Masehi Pondok Bunut Payong atau Madrasah Ahmadiah telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Tahir. Kemudian diikuti pula oleh Pondok Lati, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Kubang Benbam dan Pondok Paksu Wel. Perkembangan pondok berkembang dengan dinamik di zaman kegemilangan Tok Kenali dan selepasnya. Di tahun 1910 hingga 1945 Masehi ini bolehlah dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pondok di Kelantan.

Bermula zaman dari tahun 1945 masehi, perkembangan pondok mulai merosot dalam riwayat pondok di Kelantan. Sebab utama kemerosotannya ialah berpunca dari perubahan-perubahan dalam perkembangan pelajaran di Kelantan. Pada masa itu mulai muncul sekolah-sekolah rakyat yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, ditambah pula sekolah-sekolah Melayu dan agama kerajaan lebih baik dan terjamin berbanding sistem pondok.

Dalam tahun-tahun 40an dan 50an telah muncul beberapa buah pondok yang hingga kini masih kekal, setelah kedapatan pondok-pondok terdahulu telah berkurangan sambutannya dan tidak diminati lagi. Akhirnya ada pondok yang terpaksa ditutup atau diambil alih oleh kerajaan untuk dijadikan sekolah Arab atau sekolah agama kerajaan.

Selepas tahun 1945, pondok-pondok tetap didirikan di negeri Kelantan, walau pun mendapat persaingan sengit dengan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah Arab. Pondok-pondok itu ialah Pondok Haji Muhd. Noor di Kampung But, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu yang diasaskan oleh Haji Muhd. Noor pada tahun 1946. Pada tahun 1950 Pondok Darul Ulum al-Ahmadiah telah ditubuhkan di Kampung Kolam, Bachok oleh Haji Muhammad Abdullah. Pada tahun 1958 pula, Pondok Sungai Durian telah ditubuhkan di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai oleh Haji Abdul Rahman Sulaiman. Pada tahun 1971, jumlah pondok di Kelantan berjumlah 100 buah mengandungi 2,000 orang murid.

Dalam meniti arus pemodenan dan cabaran zaman, untuk menjamin sistem ini agar terus unggul dan berfungsi, maka pada 22 April 1995 usaha guru-guru pondok di Kelantan telah menubuhkan sebuah badan khas untuk menangani masalah itu yang dikenali Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB). Tujuan utamanya ialah untuk meninggikan syiar dan kefahaman Islam di kalangan ummah dan merangkumi sistem tarbiah dan sosial. Usaha ini menampakkan fikiran dan alternatif ke arah menangani masalah sekolah pondok untuk masa hadapan demi menyahut cabaran pendidikan Islam di Malaysia amnya dan di Kelantan khasnya.

Sunday, September 18, 2011

Sombongkah Kita ...?

Realiti minda mahasiswa hari ini, rutinnya, pagi ke kelas, belajar, belajar dan terus belajar. Setiap hari mereka akan diberikan assignment, groupwork, ataupun lab report untuk disiapkan. Selang beberapa minggu pengajian, mereka akan diuji dengan quiz, presentation, pre-test, dan lain-lain lagi, semata-mata untuk menguji sejauh mana keupayaan mereka dalam menuntut ilmu.
Dari sudut lain, ada sesetengah dari mereka, hari-harinya, berlalu begitu saja. Selang beberapa bulan, duit ptptn, mara masuk. Kalau duit bulan tak masuk lagi, di telefonnya ibu dan ayah di kampung supaya memasukkan duit ke dalam akaun masing-masing. Berbagai-bagai alasan diberikan. Sehingga kekadang terpaksa berbohong kepada ibu ayah untuk mendapatkan belanja duit yang lebih. Ah, senangnya hidup. Bahagianya diri . . .

Namun begitu, dalam mengharungi semua ini, sedarkah kita kawan-kawan sekalian . . ? Pernahkah kita bertanya kepada diri kita bagaimana susahnya ibu ayah bekerja untuk mendapatkan sedikit wang untuk anak-anak mereka yang menuntut di perantauan..? Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sebanyak mana keringat yang telah ibu ayah kita korbankan semata-mata untuk melihat anak-anak mereka berjaya..? Pernahkah kita bertanya sudah berapa banyak perasaan ibu ayah terguris semata-mata untuk melihat anak-anak mereka gembira . . ? Kawanku sejauh mana kita berusaha untuk mereka . . .

Kawanku, itu pengorbanan ibu dan ayah buat kita . . . Bagaimana pula dengan pemberian Allah SWT ke atas kita . . ? Nikmat-nikmatNYA . Kejayaan kita dalam exam umpamanya, nikmat pada merasai kelazatan makanan contohnya, bahagia dalam mengecapi keharmonian kasih sayang dalam keluarga, akrabnya ikatan persahabatan dengan sahabat-sahabat yang lain... Di mana kita kawanku...?

Terlintaskah di benak pemikiran kita bahawa Allah terlalu sayang kepada hamba-hambaNYA...? Namun... Di mana kita ketika Allah menyeru kita kawan-kawanku...? Ketika azan berkumandang, di mana kita...? Berapa kali kita solat berjemaah dalam seharian...? Berapa kali kita menghulurkan bantuan, menghulurkan tangan untuk membantu mereka-mereka yang benar-benar memerlukan...? Sejauh manakah usaha kita apabila Allah menyeru kita untuk menegakkan hak-hakNYA di muka bumi..? Di mana kita ketika kawanku...?

Di mana kita ketika Allah berfirman yang mafhumnya,

" Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan bagi faedah manusia, agar kamu menyeru ke arah pengislahan (kebaikan) dan menegah ke atas segala kemungkaran (kebatilan) . . . "

Di mana kita...?

Kejamkah kita untuk berpaling dari hidayah Allah SWT sedangkan Allah tidak pernah lupa untuk menganugerahkan kita dengan nikmatNYA yang pelbagai sehari-harian...? Hebat sangatkah kita untuk menyombongkan diri dengan Allah dan ibu ayah kita...? Mungkinkah kita masih terlena dengan keasyikan dunia...?

Sedarlah kawanku, muhasabahlah jalan-jalan hidup yang telah kau lalui..

Saturday, September 17, 2011

... Untukmu Syuhada ...



Kehidupan Bagaikan Roda
Beribu Zaman Terus Berputar
Namun Satu Tak Akan Pudar
Cahaya Allah Tetap Membahana

Majulah Sahabat Mulia
Berpisah Bukan Akhir Segalanya
Lepas Jiwa Terbang Mengangkasa
Cita Kita Tetap Satu Jua
Cita Kita Tetap Satu Jua 

Walau Raga Meregang Nyawa
Harta Dunia Tiada Tersisa
Namun Jiwa Tetaplah Satria
Takkan Surut Satu Langkah Jua 

Debu - Debu Dan Darah Suci
Saksi Nan Tak Terbantahkan Lagi
Gunung Lembah Hutan Dan Samudra
Untuk Allah Diatas Segalanya 

Tujuh Awan Bersuka Ria
Sambut Ruh Suci Menuju Rabbnya
Sahabat Nantikan Hadir Kami
Kan Menyusulmu Sekejap Lagi 

Bidadari Nan Bermata Jeli
Menyongsong Dengan Wajah Berseri
Sahabat Kami Rela Kau Pergi
Jihad Kita Kan Terus Bersemi
Jalan Ini Takkan Pernah Henti

Bercintalah Kerana Allah

Bercintalah Kerana Allah ~~~ Seringkali kita dengar ungkapan ini bukan..? Hmm, mungkin diluahkan oleh sahabat baik kita... Mungkin diajar ketika mengikuti kuliah-kuliah agama di masjid... Mungkin juga nasihat daripada ibu dan ayah tercinta sebelum melangkahkan kaki ke gerbang ipta... Hmm... Namun, timbul persoalan di sini, "apakah kita benar-benar makna di sebalik kalimah ini..?"

"Bercintalah Kerana Allah"

Di kesempatan yang ada ini, ingin aku kongsikan dengan sahabat-sahabat semua, dua kisah dari dua sahabat yang aku sanjungi...

Kisah pertama, adalah kisah seorang sahabat aku yang kini masih menuntut di UNITEN, Universiti Tenaga Nasional, jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Dia dan aku merupakan antara figura-figura tarbiyyah yang dilatih dengan penuh cermat oleh abang-abang atau naqib-naqib kami terdahulu. Alhamduilllah berkat, kesungguhan dan keikhlasan naqib-naqib kami itu, maka, jadilah kami sebegini pada hari ini. Alhamdulillah.

Aku dan sahabatku ini sangat akrab. Apa-apa sahaja persoalan tentang masalah ummah, pasti sahaja kami akan bersapaan antara satu dengan yang lain. Hinggalah pada suatu hari...


Peristiwa ini berlaku di majlis eidilfitri di sekolah lama kami...

"Assalamu'alaikum akhi..."
"Wa'alaikumussalam warahmatullah...Kaifa haaluk..?"
"Alhamdulillah khir, wa anta...?"
"Alhamdulillah, tamam..."

Begitulah sapaan awalnya sebagaimana yang sebelumnya... Gembiranya kami, apabila dapat bertemu mata, setelah sekian lama berpisah, membawa hala tuju hidup di medan masing-masing... Hasratku pada hari itu ialah, ingin bertanyakan pendapatnya tentang satu permasalahan baru, yang sedang aku hadapi kini... Tiba-tiba, dikeluarkannya kepada suatu envelope putih, di dalamnya ada kad...

"Apa ni?"
"Takda apa-apa akhi, jemputan..."
"Anta bacalah..."
"Jemputan apa..?"
"Alah...Jemputan kenduri kahwin ana..."
"Allah syeikh !! Biar betul anta..?"
"Ya betullah ni..."
"Mabruk mabruk... Barakallahu lakuma, wabaraka 'alaikuma, wajama'a baina kuma fi khair...~~~"
"Amiin...Amiin...Syukran akhi... Jemput-jemput datang tu..."

Aku tersentak seketika.... Allah... Dah nak kahwin, sahabat aku sorang ni... Hmm... Cepat masa berlalu... Terputus terus hasratku untuk menceritakan permasalahan ku kepadanya... Bagiku, kegembiraannya itu tak perlu dihiasi dengan masalah lain... Aku bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan sahabatku ini dengan jodohnya, walaupun masih sedang belajar, di atas syahadah yang benar... Allahuakbar....

Cuma, pada masa yang sama...., hati kecilku bertanyakan, "Kau bila lagi..." Hahahaha ~~~

Hmm, itu kisah yang pertama.... Kisah yang kedua pula...


Ada seorang sahabat ni... 
Kenalnya aku dengan dia di sini (kampus)... Kagum aku kepadanya... Kerana apa..? Kerana dalam kelantangan laungan-laungan thaghut di sini, dia masih tegar... Kemas, berdiri di atas tarbiyyah dan ruh islamiyyah... Dari jauh, aku memandangnya dengan satu pandangan yang sangat thiqah...

Tup-tup.... Masa berlalu begitu pantas... Faham-faham sahabat-sahabat sekalian... Aku ni, teman bukan sorang, kawan bukan satu.... Masa terus berlalu... Dan tiba-tiba, aku ter'pause' sekali lagi bila sahabat aku yang lain cerita something kat aku...

"Waz ko tau tak yang si A ni dah ber'couple'...?"
"Eh, biar betul ko... NI budak bagus maa... Mana boleh... Tak cayalah aku.... Ko jangan tipu bai..."
"Tak, aku tak tipu, buat apa aku nak tipu ko... Try ko tengok fesbuk dia...."
"Iye iye je ko ni...."

Aku antara percaya dan tak endah buat dono je kat sahabat aku yang sorang tu... Hmm, bila sampai rumah, terus aku on internet...

"Haa...!!??" Terkejut beruk aku, bila aku lihat sahabat aku sorang ni, dengan tanpa segan silunya, duduk di sebelah budak pompuan, sambil posing kt kamera... Then, siap buat gambar profile fesbuk lagi.... Allah.... Aku istighfar.... Astagfirullah.... Astaghfirullah... Astaghfirullah....

Susah sangatkah nak ikut syariat Allah...? Fikir-fikirlah....



Friday, September 16, 2011

Pesanan dan Nasihat Utsman ra ...


Dia adalah 'Utsman bin 'Affan bin Abu al-'Ash bin Umayyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf al-Qurasyi al-Umawi.'Utsman mempunyai gelaran sebagai berikut:

Dzun-Nurain(pemilik dua cahaya)
Orang yang dua kali hijrah.
Juru tulis wahyu
Mengorbankan harta di jalan Allah tanpa batas.
Membantu angkatan perang pada masa sulit yang sedang memuncak.
Membeli bahan Rumah untuk disumbangkan kepada umat Islam.
Memperluas bangunan Ka'bah
Menyatukan umat Islam dengan Kitabullah.
Penyabar dan tulus.
Orang yang diberi kabar gembira dengan syurga.
Orang terhormat yang gugur sebagai syahid.


Sabda Rasulullah Saw. tentang 'Utsman.
 
"Aku benar-benar malu terhadap orang yang disegani malaikat."
"Umatku yang paling pemalu adalah 'Utsman."
Ibnu'Abbas berkata,"Jika manusia berkumpul untuk membunuh 'Utsman,sungguh,
mereka akan melempari batu dari langit."


Pesanan dan Nasihat Utsman RA


Hukuman di Dunia

'Utsman r.a. berkata,
"Alangkah baiknya hukuman di dunia,bukan di akhirat."

Jangan Tertipu Oleh Kehidupan Dunia

'Utsman r.a. berpesan,
"Ingatlah, kalian berada di tempat yang terus berubah. Manfaatkanlah sisa umur kalian dengan baik. Bersiaplah menjemput ajal sebaik mungkin. Dan jangan lupa, Kematian pasti datang menjemput pada waktu yang tak terduga.

Ketahuilah, dunia ini dibentangkan penuh dengan tipuan.

Allah Swt,berfirman,
"Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia ini memperdaya kalian,dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdaya kalian dalam mentaati Allah."(Luqman : 33)

Belajarlah dari pengalaman generasi sebelum kalian.Bersungguh-sungguhlah dan jangan melupakan agar kalian tidak dilupakan. Di mana para penghuni dunia yang memakmurkan dan menikmatinya dalam waktu cukup panjang? Jauhilah dunia ini sebagaimana Allah telah menghamparkannya,dan carilah keuntungan akhirat. Allah telah membuat perumpamaan untuk itu.

Allah Swt.berfirman,
"Dan berilah perumpamaan kepada mereka(manusia), kehidupan dunia adalah bagai hujan yang Kami turunkan dari langit, maka kerananya menjadi suburlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan angin. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."(Al-Kahfi : 45-46)

Jangan Tertipu Oleh Dunia

'Utsman r.a. berpesan,
"Ketahuilah, dunia itu hijau dan menyenangkan. Banyak orang yang condong kepadanya. Oleh sebab itu, jangan kalian tertipu dan terlalu percaya kepada dunia. Dunia itu tidak dapat dipercaya. Kalian harus tahu, dunia itu tidak akan meninggalkan orang yang meninggalkannya."

Menunggu Kematian

'Utsman r.a. berpesan,
"Saudaraku, sedarlah! Malaikat pencabut nyawa masih membiarkanmu. Ia masih mendahulukan orang lain. Sekarang ia sudah mengarahkan langkahnya untuk mencabut nyawamu. Oleh kerana itu, persiapkan dirimu untuk menghadapinya. Jangan lupa bahawa ia tidak mungkin lupa sedikit pun kepadamu. Saudaraku, ketahuilah! Jika kamu lalai, belum menyiapkan bekal untuk menghadapinya, orang lain tidak mungkin menyiapkan bekalmu untuk menghadapinya. Ingat! Pertemuan dengan Allah pasti terjadi. Bersiaplah! Jangan serahkan urusanmu kepada orang lain. Semoga kamu selamat."

Bertaqwa Merupakan Kemenangan

'Utsman r.a. berpesan,
"Saudaraku,bertaqwalah kepada Allah. Bertaqwa itu merupakan kemenangan. Orang yang paling pintar adalah yang menyiapkan diri untuk kehidupan setelah mati; berusaha mendapatkan cahaya Allah untuk menerangi gelapnya kubur. Hendaklah seseorang merasa takut dibangkitkan dalam keadaan buta.

Sudah cukup nasihat orang-orang bijak. Ingatlah, orang yang selalu bersama Allah, tidak mungkin merasakan takut. Sebaliknya, orang yang meninggalkan Allah, kepada siapa dia kan berharap?"

Berbuat Sesuai dengan Kemampuan

'Utsman r.a. berpesan,

"Jangan kalian paksa anak kecil untuk mencari nafkah. Jika kalian tetap memaksa, bila masa nanti mungkin jadi mereka akan mencuri. Jangan kalian bebani budak perempuan yang tidak mempunyai keahlian untuk mencari nafkah. Jika kalian tetap memaksanya untuk berusaha, bila masa nanti mungkin jadi dia akan menjual kehormatannya. Peliharalah diri kalian agar kalian dipelihara Allah. Carilah makanan dengan cara yang baik sesuai kemampuan yang ada."

Jambatan Menuju Akhirat

'Utsman r.a. berkata,

"Allah SWT.memberi kalian dunia agar kalian menjadikannya sebagai jambatan menuju akhirat. Allah tidak menciptakan dunia agar kalian patuh atau tertatik kepadanya. Ingat, dunia ini pasti musnah sementara akhirat pasti kekal. Jangan kalian terpengaruh oleh sesuatu yang segera lenyap. Jangan pula kalian sibuk olehnya sehingga lalai untuk menghadapi yang kekal. Dahulukan sesuatu yang kekal. Dunia itu pasti musnah. Hanya Allah tempat kembali.

Bertaqwalah kepada Allah. Taqwa kepada-Nya merupakan benteng yang sangat kukuh untuk menghadapi murka-Nya.Taqwa juga menjadi jambatan menuju-Nya. Bersandarlah kepada Allah dalam menghadapi zaman. Tetaplah jaga silaturrahim dan jangan bercerai-berai .

Allah swt berfirman,

"Dan ingatlah nikmat Allah atas kalian, ketika kalian saling bermusuh-musuhan, lalu Allah mendamaikan antara hati kalian, maka jadilah kalian dengan nikmat itu sebagai orang yang bersaudara."(Ali'Imran:3)

Terbukanya Rahsia

'Utsman r.a. berkata,

"Setiap orang yang menyimpan satu rahsia. Allah pasti menampakkan rahsia itu melalui wajah dan ucapannya."

Menambah Perbekalan Amal Kebajikan

'Utsman r.a. berkata,

"Orang yang kebaikkannya tidak pernah bertambah bererti dia telah menyiapkan dirinya untuk dijilat api neraka."

Amar Makruf Nahi Munkar

'Utsman r.a. berpesan,
"Sebelum orang jahat menjadi penguasa kalian,serulah penguasa kalian untuk berbuat baik dan laranglah ia untuk berbuat jahat. Kerana ketika orang jahat yang menjadi penguasa kalian ia tidak akan mahu mendengar seruan itu."

Hati Yang Bersih

'Utsman r.a. berkata,

"Jika hati kalian bersih, kalian pasti tidak pernah bosan membaca ayat-ayat Allah. Aku hanya mencintai datangnya siang dan malam yang dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat-Nya."


Sama-sama kita mengambil 'iktibar dari Pesanan dan Nasihat Utsman RA ini ... wallahu a'lam ...

Tuesday, September 13, 2011

Itulah keterangan-keterangan dari Tuhanmu ...

"Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh) ..! Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) ... "
[An-Naba' : 39,40]