Saturday, January 14, 2012

Pendirian Pro-M Unisel terhadap Calon-calon Pilihanraya Kampus 2012

" ... Kita tidak melihat calon dari mana-mana kos pengajian ... Kita melihat pada kualiti dan daya kepimpinan yang ada pada calon-calon kita ... Dan kita merasakan ini yang terbaik, yang kita ada, yang dapat kita kedepankan untuk tujuan kepimpinan dan kemaslhatan pelajar unisel...

Kita di Pro-M sudah jelas dengan prinsip dan pendirian kita, yakni, ingin membawa kebajikan pelajar ... Dan kejayaan2 kita telah terbukti, sama ada di peringkat kampus mahupun nasioanl ...

Di peringkat kampus, kita telah berjaya menyelesaikan masalah umum yang menjadi keperluan pelajar, walaupun kita hanya kata orang 'organisasi yang tidak berdaftar dengan hep' ... Apapun, saya melihat, daripada menjadi Perwakilan Pelajar tetapi, bertindak hanya kepada skop2 tertentu yang kecil, daripada mengutamakan kebajikan pelajar yang umum, maka, saya katakan, saya tidak berbangga dengan itu...

Selaras dengan hasrat pro-m yang mengUTAMAkan HAK dan KEBAJIKAN mahasiswa, DULU, KINI dan SELAMA-LAMAnya, kami menghantar wakil-wakil kami untuk tujuan itu...

Dan sebagaimana yang kita semua sudah jelas - pro-m bukanlah pertubuhan atau organisasi yang berkehendakkan personal-profitted sebagaimana yang di'gebang'2kn oleh sesetengah pihak, yang menjaga kroni dan sebagainya.... di peringkat kita, insya Allah, sedaya upaya kita mampu, kita akan fokuskan ke arah HAK dan KEBAJIKAN mahasiswa, agar ianya sentiasa, diletakkan di tahap yang sewajarnya...

Dan kerana itu, meskipun hanya dengan beberapa calon berbanding tahun lepas, perjuangan kita tetap kita teruskan... Dan kita meyakini, untuk kepimpinan kali ini, kita akan TEGUH sebagai sebuah entiti... Tiada lagi flop flip insya Allah...

Kita menyeru seluruh mahasiswa yang memiliki kesedaran, agar bersama-sama kita martabatkan Kebajikan kita bersama di samping menuntut hak-hak yang sepatutnya kita kecapi bersama dari pihak yang berwajib.... "

Mahasiswa Tunjang Negara ... Bersama kita bersolidariti ke arah Kampus yang lebih Gemilang (^_^) ~~~~

" SOLIDARITY TOWARDS STUDENT RIGHTS !!! "

No comments:

Post a Comment